Bengkel Pembinaan User Generator Content (UGC) Dengan Menggunakan Aset Digital untuk Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21

Satu Bengkel Pembinaan User Generator Content (UGC) Dengan Menggunakan Aset Digital untuk Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 telah diadakan dengan jayanya pada 17 & 18 Ogos 2016 bertempat di Bilik Kuliah PKG Kampung Pandan. Bengkel ini berjaya mengumpulkan seramai 36 orang guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah (6 sekolah ahli PKG Sentul: SK La Salle Sentul 1 & 2, SK Convent Sentul 2, SJKC Sentul, SJKT Segambut dan SK Seri Perak). Bengkel ini merupakan hasil usahasama antara 6 PKG WPKL.  

Pelbagai teknik PdP alaf baru yang diajar antaranya penggunaan Microsoft Mix, dll. Bengkel ini turut memilih kumpulan terbaik dalam penyampaian menggunakan google slide serta memilih beberapa peserta terbaik bagi kuiz ICT menggunakan aplikasi Kahoot & 21CLD. Hadiah telah disampaikan oleh Penolong Pengarah BTPNWPKL, En. Mustapa Alba b. Umar. 


RENTETAN KENANGAN BERSAMA;





\




Hari Pertama (17 Ogos 2016)




Hari Kedua (18 Ogos 2016)

0 comments: