Bengkel Pengenalan & Installasi Chromixium Operating System (OS)

9 & 10 Ogos 2016
PKG Sentul

Satu Bengkel Pengenalan & Installasi Chromixium Operating System (OS) telah berjaya mengumpulkan seramai 26 orang GICT/GPB sekolah ahli PKG Sentul. Objektif bengkel ini adalah;

1.1   Memberi pendedahan serta pengetahuan baru kepada guru ICT (GICT) dan guru Penyelaras Bestari GPB) mengenai chromixium Operating System (OS)
1.2   Memberi kepakaran dan kemahiran kepada GICT dan GPB sekolah
1.3   Sebagai satu medium baru dalam penggunaan OS di sekolah
1.4   GICT dan GPB dapat menggunakan chromixium OS pada netbook 1Malaysia yang berada di sekolah di mana penggunaan netbook 1Malaysia dapat dipertingkatkan
1.5   GICT dan GPB juga dapat menggunakan chromixium OS pada peralatan ict lain terutama sekali komputer persendirian dan komputer peribadi di sekolah
1.6   Memudahkan para murid serta guru untuk melayari laman web VLE Frog serta memberi pendedahan mengenai produk-produk google seperti ‘google drive,google chrome’ dan sebagainya.
1.7   Menjadikan pembelajaran dan pengajaran di sekolah lebih memudahkan dan menyeronokkan.

PKG Sentul berharap dengan adanya bengkel seumpama ini, ia dapat  membantu memantapkan penggunaan Netbook sekolah serta membantu memudahkan tugas guru dalam penggunaan ICT dan PdP khususnya. PKG Sentul mengucapkan Terima Kasih atas bimbingan yang diberikan oleh penceramah jemputan, En. Marutheisweran a/l Thanggamani (IPK KL) dan perkongsian ilmu oleh Cikgu Mohd Zuhasnan b. Abdullah (SK(L) Jalan Batu). Taklimat turut disampaikan oleh En. Saifizan Afzarin b. Abd.Latib (JTK PKG Sentul).











0 comments: