BENGKEL SISTEM PENGURUSAN INISIATIF ICT SEKOLAH (ICTS) AUDIT DALAM KPM PERINGKAT WPKL 2014

Tarikh : 11 Mac 2014 (Selasa)
Masa : 8.30 am – 4.30 pm.
Tempat : Bilik Zamrud, PKG Sentul.

Bengkel ini diadakan bertujuan memberi informasi terkini dan panduan berkaitan Sistem Pengurusan Inisiatif ICT Sekolah (ICTS) yang dibangunkan oleh Bahagian Audit Dalaman KPM. Dimulakan dengan t
aklimat housekeeping oleh Cik Syam Irza Mohd Sham, PTP I PKG Sentul. Bengkel disambung dengan taklimat yang disampaikan oleh En. Abdul Hamid b.Abdullah, PTP Unit PICT, BTPNWPKL. Sebanyak 60 buah sekolah yang terlibat di dalam bengkel ini iaitu sekolah-sekolah ahli yang dipilih oleh PKG Sentul, Segambut Jaya & Keramat. PKG Sentul mengucapkan ribuan terima kasih kepada 19 buah sekolah (sekolah ahli PKGS) yang hadir.
 
P/S : Mohon kerjasama semua GICT/GPB sekolah ahli PKGS dapat melengkapkan data ICTS sebelum 14 April 2014.
 
Sila layari laman ini untuk mengisi maklumat data ICT sekolah yang diperlukan.

 

0 comments:

BENGKEL LITERASI MAKLUMAT & FAIL TEGAK GPM SEK.MEN. (SEKOLAH AHLI PKG SENTUL & SEGAMBUT JAYA)

Tarikh : 13 Mac 2014 (Khamis)
Masa : 8.30 am – 4.30 pm.
Tempat : Bilik Zamrud, PKG Sentul.

Bengkel ini bermula dengan sedikit penyampaian maklumat housekeeping oleh Cik Syam Irza Mohd Sham, PTP PKG Sentul. Bengkel kemudiannya diteruskan dengan penyampaian taklimat bertajuk Literasi Maklumat oleh Pn. Arinawati Mohd Yassin, PTP Unit UPSP dan Fail Tegak oleh Pn. Haslizah Jibin, PTP PKG Segambut Jaya. Bengkel ini diadakan bertujuan memberi tunjuk ajar dan panduan kepada GPM serta membantu mereka menghasilkan bahan Fail Tegak yang betul untuk dilpamerkan di Pusat Sumber Sekolah mereka.

Gambar :
Sesi pembentangan hasil kerja peserta.
 

0 comments:

KARNIVAL JOM KENALI SARANA PERINGKAT ZON SENTUL 2014

Tarikh : 22 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 7.30 am – 2.00 pm.
Tempat : SMK Bandar Baru Sentul



 

0 comments:

BENGKEL PENGHASILAN BAHAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN FROG VLE MATA PELAJARAN SEJARAH PERINGKAT NEGERI (COHORT 1)


Tarikh : 17 - 20 Mac 2014 (Isnin - Rabu)
Masa : 8.30 am – 4.30 pm.
Tempat : Makmal Komputer (Mutiara), PKG Segambut.

Bengkel kerjasama antara pihak Unit Akademik JPWPKL, BTPNWPKL & PKGWPKL ini merupakan satu usaha murni 3 penjuru bagi menghasilkan site PdP Frog VLE untuk matapelajaran Sejarah. Peserta-peserta yang merupakan guru-guru sekolah sejarah tingkatan 1 ini diajar menggunakan Frog VLE oleh JU-JU Frog VLE yang telah dipilih oleh PKG. Turut sama membantu ialah JU Sejarah yang telah dipilih oleh JPWPKL.

Sekalung Terima Kasih & Penghargaan;
1)    Pn. Normie Azura bt. Abdul Jamil (JU Frog VLE) – SMK Raja Abdullah
2)    Pn. Lim Cheow Leng (JU Frog VLE) – SJKC Sentul Pasar
3)    En. Shahrul Azman b. Mohd Nasir (JU Frog VLE) – SMK Taman Tun Dr. Ismail
4)    Pn. Fazlin bt. Mahammad Karoni (JU Frog VLE) – SM Agama Kuala Lumpur
5)    Pn. Nur Amelia bt. Mat Zaid (JU Sejarah) – SMK Puteri Ampang
6)    Pn. Nor Ashah bt. Mohamed Den (JU Sejarah) – SMK Convent Bukit Nanas
7)    Pn. Suraya bt. Ahmad (JU Sejarah) – SMK Taman Bukit Maluri
8)    Pn. Norulayu bt. Mohamad (JU Sejarah) – SMK Seri Ampang
9)    Pn. Haslizah bt. Jibin (PTP) – PKG Segambut Jaya

0 comments:

MESYUARAT PENGURUSAN JURUTEKNIK SEKOLAH AHLI PKG SENTUL & SEGAMBUT JAYA BIL.1/2014

Tarikh : 20 Mac 2014 (Khamis)
Masa : 3 – 5 pm.
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Segambut.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Pn. Haslizah Jibin (PTP PKG Segambut Jaya) ini membincangkan hal-hal berkaitan pengurusan JTK di sekolah. Mesyuarat ini turut diselitkan sesi pengenalan diri memandangkan para JTK diperkenalkan dengan Cik Sharifah Norsuhaila Said Samsudin, PTP II PKG Sentul yang baru. Disamping itu, para JTK turut diingatkan untuk sentiasa menulis rekod tindakan kerja di sekolah.


P/S : Selamat datang kepada FT17/JTK sekolah ahli PKG Sentul yang baru iaitu SK Segambut dan SMK Raja Abdullah. Untuk perhatian tuan/puan, sebahagian sekolah yang pernah diletakkan dibawah seliaan PKG Sentul dipindahkan ke PKG Keramat kerana kedudukan sekolah dibawah pentadbiran PPW Keramat dan senarai 2 sekolah (seperti tersenarai di atas) dipindah ke bawah seliaan PKG Sentul atas sebab kedudukan sekolah yang lebih berhampiran.

Selamat Datang juga kepada Cik Sharifah Norsuhaila Said Samsudin yang telah dilantik sebagai PTP II  PKG Sentul yang telah bermula perkhidmatannya pada 3 Mac 2014.

0 comments:

TAKLIMAT PENGURUSAN ICT UNTUK GPB & GICT

Tarikh : 11 Mac 2014 (Selasa)
Masa : 8.30 am – 4.30 pm.
Tempat : Bilik Zamrud, PKG Sentul.

Taklimat ini bermula dengan sedikit penyampaian maklumat housekeeping dan pengenalan PTP II PKG Sentul yang baru iaitu Cik Sharifah Norsuhaila Said Samsudin oleh Cik Syam Irza Mohd Sham, PTP I PKG Sentul. Taklimat kali ini telah disampaikan oleh En. Mohd Hazri, PP BTPNWPKL, En. Abdul Hamid b.Abdullah, dan En. Abd.Moeis Abd.Shukor, PTP Unit PICT, BTPNWPKL. Objektif program taklimat tahunan ini diadakan bertujuan memberi maklumat terkini serta berkongsi pendapat tentang pengurusan ICT sekolah. Taklimat kali ini turut diselitkan taklimat Frog VLE yang dikongsikan bersama oleh GICT SMK Raja Abdullah iaitu Pn. Normie Azura yang merupakan Jurulatih Utama Frog VLE dan Google.


P/S : Selamat datang kepada GPB & GICT sekolah ahli PKG Sentul yang baru iaitu SK Segambut, SJKC Khai Chee, SJKT Segambut, SMK Segambut dan SMK Raja Abdullah. Untuk perhatian tuan/puan, sebahagian sekolah yang pernah diletakkan dibawah seliaan PKG Sentul dipindahkan ke PKG Keramat kerana kedudukan sekolah dibawah pentadbiran PPW Keramat dan senarai 5 sekolah (seperti tersenarai di atas) dipindah ke bawah seliaan PKG Sentul atas sebab kedudukan sekolah yang lebih berhampiran.

0 comments:

TAKLIMAT PENGURUSAN PUSAT SUMBER UNTUK GPM


Tarikh : 27 February 2014 (Khamis)
Masa : 8.30 am – 4.30 pm.
Tempat : Bilik Delima, PKG Sentul.

Taklimat ini bermula dengan sedikit penyampaian maklumat housekeeping oleh Pn. Haslizah Jibin, PTP PKG Segambut Jaya yang membantu Cik Syam Irza Mohd Sham, PTP PKG Sentul kerana bercuti tanpa rekod (peperiksaan). Turut serta dalam memberikan taklimat pengurusan pusat sumber sekolah ialah En. Mohd Fakruddin, Ketua Unit PSP dan Pn. Arinawati Mohd Yassin, PTP Unit UPSP serta dibantu oleh Cik Sharifah Norsuhaila Said Samsudin, PTP PKG. Taklimat ini diadakan bertujuan memberi maklumat terkini serta berkongsi pendapat tentang pengurusan pusat sumber sekolah. Disamping itu, taklimat ini merupakan program tahunan yang dijalankan dengan kerjasama BTPNKL & PKG.


P/S : Selamat datang kepada GPM sekolah ahli PKG Sentul yang baru iaitu SK Segambut, SJKC Khai Chee, SJKT Segambut, SMK Segambut dan SMK Raja Abdullah. Untuk perhatian tuan/puan, sebahagian sekolah yang pernah diletakkan dibawah seliaan PKG Sentul dipindahkan ke PKG Keramat kerana kedudukan sekolah dibawah pentadbiran PPW Keramat dan senarai 5 sekolah (seperti tersenarai di atas) dipindah ke bawah seliaan PKG Sentul atas sebab kedudukan sekolah yang lebih berhampiran. 







0 comments: